Oh Kasih

Oh Kasih merupakan sebuah lagu balad pop ciptaan komposer dan penyanyi Awi Rafael yang juga vokalis kugiran Bhumiband dari Singapura. Lagu ini dirakamkan secara duet bersama penyanyi R&B popular Malaysia iaitu Dayang Nurfaizah. Versi asal lagu ini dinyanyikan bersama seorang penyanyi wanita dari Singapura, namun untuk promosi album Konspirasi Dunia, mereka mendapat kerjasama Dayang untuk memberi sentuhan hebatnya. Lagu ini pernah menjadi lagu tema drama bersiri Gerimis Salju pada tahun 2007.

Oh Kasih

Dikeluarkan pada 14 Mac 2007
Penerbit Bhumiband
Penulis Awi Rafael
Format CD
Panjang -
Genre Pop
Syarikat Indie Label